Powered by Bravenet Bravenet Blog

mzainimh

journal photo

Subscribe to Journal

Sunday, June 8th 2008

07:53:30 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Saya harap anda berada dalam keadaan yang sangat-sangat
baik. Bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet. Mereka di luar sangat berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi tak tahu bagaimana ingin memulakannya. Pelbagai soalan bermain difikiran
mereka...

Adakah anda salah seorang daripadanya?

Jika ya, maka saya akan cuba membantu anda.
Baiklah kita mulakan dengan persoalan... Apakah itu perniagaan
Internet?

Saya cuba ringkaskan seperti dibawah:

PERNIAGAAN - Membantu sesiapa yang memerlukanya sambil mendapatkan
untung.

PERNIAGAAN INTERNET - Membantu sesiapa yang memerlukanya sambil mendapatkan untung menerusi Internet.

Sangat mudah bukan?


Kemudian anda pasti bertanya "Kenapa Aku Perlu Menceburi Perniagaan
Internet?"

Baiklah saya cuba terangkan secara ringkas beberapa kelebihan
perniagaan Internet:

- Anda memiliki bakal pelanggan yang sangat ramai. Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 ialah seramai 1,018,057,389
orang!

- Modal permulaan yang agak rendah berbanding mana-mana perniagaan lain. Oh, anda tidak perlukan modal berjuta-juta untuk memulakan
perniagaan Internet.

- Tiada sempadan untuk berniaga. Saya sendiri susu ke indonesia
- Kos pemasaran ada yang percuma.
- Mudah untuk dijalankan secara automatik.
- Kos pekerja dan operasi yang amat rendah. Oh, anda tidak perlukan sampai beratus-ratus staff semata-mata untuk memiliki sebuah perniagaan Internet yang memberikan anda keuntungan ribuan ringgit
sebulan.
- Risiko rendah. Modal yang rendah, kos pemasaran yang rendah dan semuanya rendah kecuali untungnya jer tinggi maka secara tidak langsung risiko anda untuk gagal juga rendah. Anda tidak akan rugi beratus-ratus ribu ringgit walaupun anda gagal dalam perniagaan
Internet. Jadi jangalah jadi pengecut untuk memulakan perniagaan
Internet!

dan banyak lagi!


Baiklah ayuh kita masuki komponen-komponen perniagaan Internet.

Terdapat 4 komponen utama dalam perniagaan Internet dimana jika
anda tidak miliki keempat-empat komponen tersebut maka anda tidak
akan dapat memulukan perniagaan Internet.

1) Produk/ Perkhidmatan
2) Laman Web
3) Sistem Bayaran
4) Pemasaran

Anda perlu pelajari empat komponen di atas sebelum anda dapat
memulakan perniagaan Internet anda sendiri. Oh, anda ingin
mengetahui empat komponen di atas dengan lebih lanjut? Tunggu maklumat saya seterusnya
saya yang akan datang...

1 Comments.

Posted by eis:

infonya sgt berguna buat gw...
Saturday, December 20th 2008 @ 06:09:56 AM

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see